Facebook Uji Ciri Baru - News Feed Dibahagi Kepada Dua Bahagian, Perkongsian Rakan Atau Pages

Facebook dilaporkan sedang menguji satu ciri baru dimana ruangan News Feed akan dibahagi kepada dua bahagian - Perkongsian dari rakan dan lagi satu perkongsian dari Pages yang anda ikuti.

Untuk ruangan News Feed utama, ia kelihatan seperti biasa yang dipenuhi dengan perkongsian oleh keluarga, rakan dan juga iklan-iklan. Bagi ruangan News Feed kedua pula, ia akan menghimpunkan perkongsian dari Page yang diikuti pengguna dan ciri ini sudahpun mula diuji sejak minggu lepas.

Facebook menjelaskan pengguna media sosial itu mahukan cara yang lebih mudah untuk melihat perkongsian dari rakan serta keluarga dan disebabkan itu mereka cuba mengasingkan perkongsian yang lalu di News Feed.

Sedikit menggusarkan tentang ciri ini adalah kepada Pages dimana perkongsian akan kurang mendapat perhatian dari pengguna yang lain. Ini juga mungkin langkah Facebook dalam menarik perhatian pengendali Pages supaya menggunakan khidmat iklan mereka.

Buat masa sekarang, ciri itu diuji di 6 buah negara, Sri Lanka, Bolivia, Slovakia, Serbia, Guatemala, dan Cambodia. Facebook juga masih belum ada perancangan untuk menawarkan ciri ini secara global.

Dengan adanya dua ruangan News Feed yang berbeza ini, adakah ia memudahkan anda atau tidak?

Sumber: The Guardian