Facebook Uji Butang "Downvote" Untuk Tandakan Komen Buruk

Facebook merupakan media sosial popular ketika ini dimana lebih dari 2.2 bilion pengguna aktif melayarinya setiap hari. Dalam jumlah besar itu sudah pasti ada dalam kalangan pengguna yang gemar menghamburkan ayat-ayat tidak sepatutnya diruangan komen.

Selari dengan rancangan Facebook yang ingin menekankan perkongsian serta komunikasi baik antara pengguna, gergasi media sosial berkenaan dilaporkan menguji satu ciri dikenali sebagai butang "Downvote" (undi turun).



Diletakkan sebaris dengan butang Like dan Reply, apabila ditekan, komen tersebut akan disembunyikan dan ia akan memaparkan pilihan seperti "Offensive" (menyakitkan hati), "Misleading" (mengelirukan) dan juga " Out of Topic" (luar topik).



Ia ibarat memberi maklumbalas kepada Facebook bahawa komen itu tidak sepatutnya dibuat, tidak relevan dan ia bukanlah butang "Dislike".

Fungsi ini hanya diuji sementara untuk pengguna di Amerika Syarikat dan ia hanya melibatkan perkongsian awam di Page sahaja.

Selain itu, jumlah undian juga tidak akan dipaparkan kepada umum yang mana ia hanya boleh dilihat oleh Facebook sahaja.

Sumber: Tech Crunch