Facebook Tambah Fungsi Snooze, Senyapkan Kenalan Dan Pages Selama 30 Hari

Pertengahan September yang lepas kita telah diberitakan tentang fungsi baru Facebook dikenali sebagai snooze yang sedang berada dalam peringkat ujian.

Terbaru, fungsi tersebut akan mula ditawarkan kepada pengguna untuk memberikan mereka lebih kuasa mengawal halaman suapan berita (newsfeed).

Mungkin ada dalam kalangan kenalan Facebook anda sedikit menjengkelkan tetapi anda tidak mahu unfollow, tidak mahu unfriend dan fungsi snooze ini sesuai digunakan.



Ia berfungsi untuk senyapkan perkongsian yang dibuat kenalan dalam tempoh 30 hari. Tidak terhad kepada akaun individu, anda juga boleh senyapkan grup dan pages.

Untuk mengaktifkan fungsi tersebut, pergi kepada tiga titik bertindih pada perkongsian dan tekan. Menu akan dipaparkan dan pilih Snooze untukĀ  berhenti melihat perkongsian daripada akaun tersebut.

Penawaran fungsi snooze adalah secara berperingkat dan bermula pada minggu hadapan.

Sumber: Facebook