Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Facebook Sudah Mula Tawarkan Ciri “Engagement Alerts” Untuk Pentadbir Kumpulan

Posted on Januari 4, 2021

Pada bulan Mei tahun lalu, Facebook dilaporkan telah menjalankan ujian untuk sebuah ciri dikenali sebagai Engagement Alert. Ia berfungsi memberikan notifikasi khusus kepada pentadbir Facebook Group mengenai kandungan yang mendapat perhatian hangat dari segi reaksi dan komen.

Ia merupakan makluman yang membantu pentadbir mengikuti perkembangan kandungan dalam kumpulan yang mungkin memerlukan perhatian segera.

Terbaru, ciapan daripada @MattNavara menyatakan platform media sosial terbabit telah sedia melepaskan ciri baru tersebut.

NEW! Facebook is rolling out ‘Engagement Alerts’ feature for Groups to more admins pic.twitter.com/AEVOn9T4nF

— Matt Navarra (@MattNavarra) January 4, 2021

Untuk membuat tetapan Engagement Alerts, pentadbir perlu pergi ke bahagian Moderation Alert dan lihat pada seksyen Admin Tools. Di situ, anda boleh memilih kandungan apa dan bila ia perlu dimaklumkan.

Antara situasi yang boleh ditetapkan adalah seperti sesuatu kandungan akan dimaklumkan apabila ia mencecah 50 komen atau 100 reaksi daripada ahli-ahli kumpulan.

Notifikasi hanya akan dihantar kepada pentadbir atau moderator kumpulan setelah ia menepati kriteria yang ditetapkan dalam tempoh 1 jam.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress