Facebook Stories - Bakal Diperkenalkan Untuk Desktop

Facebook Stories adalah satu ciri yang sama seperti Instagram Stories memandangkan kedua-duanya dibawah satu naugan yang sama dan kedua-duanya diinspirasikan dari Snapchat.

Namun tidak seperti di Instagram, ciri ini tidak begitu sukses di Facebook untuk peranti mudah alih dan hampir tiada siapa yang menggunakan ciri ini semenjak pelancarannya pada March yang lepas.

Facebook dikhabarkan tidak akan menbatalkan ciri ini malah mereka bakal membawakannya untuk platform komputer. Cuma untuk versi PC, ciri ini diletakkan dibahagian tepi di ruang News Feed.



 

Walaupun ianya masih dalam bentuk percubaan, Facebook berkata ciri ini akan hadir dalam masa terdekat.

Sumber: Facebook Newsroom