Facebook Sekarang Lebih Cekap Mengesan Akaun Palsu

Secara teori, setiap orang di Facebook akan mempunyai satu akaun.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah yang mempunyai beberapa akaun untuk kegunaan bisnes dan juga peribadi.

Tetapi ada juga yang mewujudkan akaun baru untuk kegunaan tidak baik seperti pembuliaan siber dan penyamaran.

Sekarang Facebook mengumumkan yang mereka boleh mengesan akaun palsu dengan mudah.

Dalam satu 'post' dalam Facebook oleh pengurus 'Protect and Care Team', Shabnam Shaik, "Kami telah membuat penambahbaikan untuk mengenalpasti akaun-akaun palsu ini dengan mudah dari menganalisa corak aktiviti mereka.

Sebagai contoh, sistem kami akan mengesan 'posting' yang berulang dengan kandungan yang sama, atau peningkatan mesej yang dihantar.

Dengan perubahan ini, kami berharap dapat mengurangkan penyebaran kandungan dari aktiviti palsu ini."

Shaik juga berkata ini merupakan permulaan dan mereka sedang bekerja untuk meningkatkan mutu servis mereka.

Sumber