Facebook Sediakan Tab Khusus Untuk Permainan Pada Aplikasi Android

Aplikasi Facebook sedia menawarkan pelbagai ciri untuk kemudahan pengguna dalam pelbagai aspek. Menurut syarikat media sosial itu, lebih dari 700 juta pengguna aktif aplikasi mereka sama ada untuk bermain di Instant Game, menonton video permainan atau terlibat dalam perbualan mengenai permainan.

Bagi memudahkan lagi pengguna yang berminat dengan topik itu, satu tab khusus telah disediakan pada ruang navigasi aplikasi bagi peranti Android.



Ia merupakan pintasan khusus bagi pengguna dalam mengakses pantas kandungan, bermain permainan, menonton video permainan dan berhubung dengan kumpulan permainan yang mereka gemari.

Penawaran tab permainan ini dimulakan untuk sebahagian kecil pengguna dan ia akan ditawarkan secara berperingkat dari masa ke masa untuk pengguna lain.

Dilaporkan juga, aplikasi Facebook Gaming sedang menjalani ujian Beta yang mana ia akan menawerakn lebih banyak fungsi berbanding tab permainan itu.

Sumber: XDA Developers