Facebook merupakan sebuah rangkaian media sosial yang mempunyai pengguna teramai di dunia. Tahun demi tahun jumlah pengguna Facebook semakin bertambah. Ia bukan sekadar medium untuk bertanya khabar tetapi sudah ramai yang menjalankan perniagaan secara atas talian menggunakan Facebook. Disebabkan itu syarikat itu mengambil langkah dengan menyediakan platform jual beli yang akan digunakan pengguna untuk membeli ataupun menjual barangan dengan pengguna lain yang berdekatan.
Pengguna hanya perlu menyentuh ikon "kedai" pada bahagian bawah aplikasi Facebook dan boleh mula mencari barangan yang ingin dicari. Platform yang dikenali sebagai Marketplace itu mampu membantu anda mencari barangan yang dijual pengguna lain yang berada di kawasan yang berdekatan.
Servis Marketplace hanyalah sebuah platform yang membantu penjual dan pembeli berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan mesej dan Facebook tidak menyediakan servis membuat bayaran mahupun penghantaran.
Di bawah adalah cara-cara memuat naik jualan anda pada Facebook Marketplace:
- Ambil gambar barangan anda
- Senaraikan nama produk, keterangan tentang produk dan harga jualan
- Tetapkan lokasi
- Muat naik
Buat masa ini Marketplace hanya boleh digunakan di 4 negara, Amerika Syarikat, UK, Australia, dan New Zealand. Servis ini bakal di kembangkan ke negara-negara lain pada suatu tarikh yang tidak diumumkan lagi.
Berkaitan
- 'SMS Pertama Di Dunia' Dijual Dalam Bentuk NFT Pada Nilai Lebih Setengah Juta
- Dron Digunakan Dalam Cubaan Bunuh Presiden Venezuela
- Twitter Menambah Ciri Terbaharu Untuk Peranti IOS
- Ayuh Bandingkan Spesifikasi Mi A1, Mi A2 Dan Mi A2 Lite
- Penyelidik Sekuriti Temui Kelemahan Pada Aplikasi SHAREit, Pengodam Boleh Akses Fail Pengguna
- Canon Malaysia Perkenal PowerShot G5X Mark II Dan G7X Mark III
- Google Pixel 2 Dilapor Akan Dilancarkan Pada 5 Oktober Hadapan
- Vivo Patenkan Dwi Kamera Swafoto Yang Boleh Keluar Masuk
- Muat Turun myCuaca Untuk Info Pantas Bencana Gempa, Tsunami
- Facebook, Instagram Dan WhatsApp Sedang Mengalami Masalah Bagi Pengguna Seluruh Dunia