Facebook Sedang Menguji "Cross-Posting" Dari Facebook Stories Ke Instagram

Facebook dilaporkan sedang mencuba fungsi baru yang membenarkan Facebook Stories dikongsi ke Instagram Stories. Pada masa ini, Instagram Stories boleh dikongsi ke Facebook Stories, namun sebaliknya pula tidak dibenarkan.

Dengan fungsi baru ini, ia akan membenarkan Stories dikongsi secara bertukar-tukar antara kedua platform ini. Perkara ini didedahkan oleh Jane Manchun Wong, yang mendapati terdapat pilihan untuk berkongsi Facebook Stories ke Instagram bagi peranti Androidnya.

Cross-Posting Facebook Stories

Dalam aplikasi tersebut, apabila Story dicipta, terdapat pilihan di bahagian Privacy untuk memilih siapa yang boleh melihat Stories tersebut, termasuk dimana lokasi pilihan untuk dikongsi ke Instagram berada.

Jurucakap Facebook menyatakan fungsi cross-posting ini diuji untuk menjadikannya lebih mudah dikongsi. Terdahulu, Facebook secara perlahan-lahan menambah fungsi Facebook pada Instagram sejak pemilik Instagram meninggalkan Facebook pada 2018.

Antara fungsi lain yang telah ditambah termasuk "Open Facebook" di bahagian tetapan Instagram, dan menambah perkataan "Instagram-From Facebook" yang ditunjukkan pada skrin hadapan aplikasi tersebut.

Sumber: MacRumors