Facebook Sedang Menguji Ciri Instant Video - Jimatkan Data Internet Untuk Tonton Video

Facebook ketika ini sedang menguji satu ciri baru yang memastikan video yang anda suka bersedia untuk ditonton, dan tak perlukan penggunaan data.

Ciri ini dipanggil Instant Video, dan ianya dilihat mampu memuat turun video kegemaran anda di Facebook apabila anda mempunyai sambungan Wi-Fi.

Bermakna jika anda keluar dari rumah, anda boleh menonton video terpilih tanpa menggunakan data.

Jadi melalui Instant Video ini, Facebook dilihat mahu meningkatkan lagi pengalaman menonton video di Facebook tanpa masa menunggu dan ianya juga dapat menjimatkan penggunaan data internet pengguna.

Setakat ini, ciri Instant Video masih lagi dalam fasa ujian dan menurut The Verge, ciri ini mungkin hanya ditawarkan untuk Facebook Watch.

Sumber