Facebook Sedang Membina Telefon Modular

Facebook dikhabarkan sedang membina sebuah telefon modular berikutan satu imej paten yang tersebar ketika ini.

Menurut Bussiness Insider, paten yang dihasilkan ini memperlihatkan sebuah peranti yang memiliki pembesar suara, mikrofon, skrin sentuh, GPS dan fungsi keseluruhan sebuah telefon pintar elektromekanikal yang mempunyai rekaan modular.



Rekaan modular yang membenarkan pengguna pasang dan tanggal seperti permainan lego. Rekaan seperti ini juga dibawa oleh Google sebelum ini, digelar Project Ara namun dikhabarkan projek tersebut dibatalkan pada tahun lepas.

Kapsyen: Project Ara Google


Beberapa pereka utama dalam Project Ara kini bekerja untuk pasukan Building 8 Facebook, orang yang sama terlibat dalam menghasilkan paten ini.

Menurut mereka lagi, peranti ini mampu dijadikan pelbagai peranti berasingan dengan menggunakan rekaan modular ini seperti menjadi pembantu suara Alexa secara tunggal dan apabila dicantumkan dengan bateri ianya boleh berfungsi seperti powerbank dan sebagainya.

sumber 1   sumber 2