Facebook Sedang Berusaha Untuk Mengurangkan Artikel Clickbait Dari Terus Disebarkan

Memandangkan beribu artikel yang dikongsi di sosial media seperti Facebook, ia agak sukar untuk membezakan artikel yang keluar di news feed anda artikel adalah yang asli atau hanya sebuah clickbait.

Selalunya dengan tajuk yang sensasi, artikel clickbait ini mengundang pembaca yang ramai dan pastinya pembaca itu tidak gembira jika mengetahui isi artikel tidaklah seperti didakwa seperti tajuknya.

Jika anda berasa perkara ini menganggu ketenteraman jiwa anda, Facebook dikatakan sedang bekerja untuk mengurankan mereka.

Ini bukan kali pertama Facebook cuba berbuat demikian tetapi kemaskini terbaru mungkin akan lebih baik dari apa yang ada sebelum ini.

Facebook juga sedang mencuba kaedah ini untuk bahasa selain bahasa inggeris.

Jadi mungkin selepas ini news feed anda akan kelihatan lebih bersih tanpa ada artikel-artikel yang tidak munasabah menganggu ruangan sosial media anda.

Sumber

Berkaitan