Facebook Sedang Bangunkan Pembantu Pintar Mereka Sendiri

Walaupun sering dilanda kontroversi, Facebook terus berusaha untuk menambahbaik platform mereka terutamanya aplikasi mudah alihnya.

Dalam perkembangan terbaru, Facebook kini didakwa sedang dalam proses membangunkan pembantu pintar mereka sendiri.

Menurut laporan CNBC, projek ini sudah dimulakan sejak awal tahun lepas lagi namun tidak dipastikan sama ada ia bakal dilancarkan untuk kegunaan umum atau tidak.

Kapsyen: Mashable


Pada tahun 2015, Facebook pernah memperkenalkan pembantu AI bagi aplikasi Messenger mereka yang digelar "M". Namun, ia gagal menarik perhatian sekaligus memaksa Facebook untuk menghentikannya.

Berbalik kepada pembantu pintar yang sedang dibangunkan ini, ia berkemungkinan besar akan dapat digunakan untuk mengawal Facebook Portal, portal video yang baru mula dijual pada hujung tahun lepas.

Apa-apa pun, kita perlu menunggu perkembangan lanjut mengenai perkara ini daripada Facebook dalam masa terdekat.

 

Sumber: CNBC