Menurut laporan The Guardian, terdapat lebih 1.5 billion akaun yang telah dikenakan tindakan oleh pihak Facebook dengan pelbagai laporan kesalahan antaranya ialah spam, komen kebencian dan akaun palsu. Aduan berkenaan spam adalah laporan yang paling banyak diterima iaitu sebanyak 837 juta aduan.
Richard Alan, Naib Presiden Polisi Awam Facebook bagi kawasan Eropah, Timur Tengah dan Afrika memberitahu media bahawa langkah ini hanyalah permulaan bagi proses pembersihan yang dijalankan oleh pihak Facebook. Menurutnya lagi, Facebook akan terus memantau dan menilai setiap laporan yang dibuat oleh penggunanya selepas ini.
Alex Schultz, Naib Presiden bagi Sektor Penganalis Data mereka pula memberitahu, terdapat peningkatan yang mendadak dalam jumlah aduan dan salah laku yang dilakukan oleh pengguna Facebook. Contohnya, aduan tentang grafik yang berbentuk kekejaman meningkat hampir tiga kali ganda berbanding suku tahun yang sebelumnya.
Facebook bukan merupakan satu-satunya platform yang menjalankan aktiviti pembersihan ini. Ia kerana sebelum ini, Youtube juga dilaporkan telah memadam sejumlah lebih kurang 8.3 juta video yang melanggar polisi mereka sepanjang Oktober hingga Disember tahun lalu.
Sumber
Berkaitan
- Nokia 8- Peranti Pertama Yang Membawakan Sokongan Rakaman Bothie Secara Live Di Facebook
- Facebook Akhirnya Memperlihatkan Ciri Butang 'Dislike' Yang Dinanti-nantikan
- Facebook Memperkenalkan Messenger Lite Untuk Pengguna Android
- Pembesar Suara Pintar Facebook Mungkin Dilancarkan Oktober Ini
- Kini Facebook Live Boleh Di Layari Di Google Chromecast Dan Apple TV
- Fungsi Permesejan Facebook Mungkin Bakal Disatukan Semula Dengan Aplikasi Utama Selepas Ini
- Facebook Memperkenalkan Fungsi 'Snapchat' Dengan Kemaskini Baru Untuk Messenger
- Instant Video Di Facebook Messenger Seakan Akan Snapchat
- Pengasas Instagram Dilapor Letak Jawatan, Bakal Tinggalkan Facebook
- Whatsapp Pinjam Status Warna Warni Facebook