Facebook News Feed Akan Siar Lebih Banyak Perkongsian Kenalan Berbanding Pages

Minggu lalu, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg telah mengumumkan perubahan besar kepada platform media sosial terbabit.

Kemaskini dari platform media sosial terbabit akan mengubah ruangan suapan berita atau News Feed dengan memberi laluan utama kepada perkongsian kenalan berbanding perkongsian dari Pages, seperti Wiser.my.



Menurut kenyataan yang dibuat Zuckerberg pada akaun Facebook beliau, ia adalah langkah untuk suapan berita Facebook menjadi "interaksi sosial yang lebih bermakna".

Langkah yang diambil ini dikatakan dapat membendung penyebaran berita-berita palsu dari Pages semakin banyak ketika ini.

Perkara ini sudahpun kedengaran sejak tahun lepas lagi tetapi dengan pengumuman yang dibuat oleh Zuckerberg ini bermakna pengguna bakal melihat perubahan pada suapan berita dalam beberapa bulan yang mendatang.

Sumber: Mark Zuckerberg