Facebook Mungkin Akan Sembunyikan Jumlah Like

Ramai yang telah maklum mengenai Instagram yang menjalankan ujian menyembunyikan junlah Like  bagi sesuatu perkongsian dibeberapa buah negara. Perkara ini tidak lain tidak bukan untuk memastikan pengguna media sosial itu memberi lebih fokus kepada foto atau video yang dikongsikan dan bukannya jumlah Like yang diperolehi.

Langkah yang diambil oleh Instagram itu dikatakan mendapat maklum balas positif dan ia mungkin akan dituruti oleh syarikat induknya, Facebook.

Perkhabaran ini didedahkan oleh Jane Wong yang mana perubahan pada sumber kod aplikasi Facebook telah dikesan. Menurut beliau, jumlah Like dan reaksi disembunyikan daripada pengguna kecual individu yang membuat perkongsian itu sendiri, seperti yang dilakukan pada Instagram.



Jumlah Like dan reaksi pada komen dikatakan masih lagi terpapara buat masa sekarang, mungkin kerana perubahan itu masih berada diperingkat awal lagi. Facebook dikatakan sudah mengesahkan mereka sedang mempertimbangkan untuk mengalih keluar paparan jumlah Like dan reaksi tetapi tidak berkongsikan lebih lanjut mengenainya.

Sumber: Wong Jane via GSMArena