Facebook Mungkin Akan Perkenalkan Ciri Latarbelakang Berwarna Di Ruangan Komen

Jika sebelum ini Facebook menyediakan pilihan warna bagi latarbelakang status, kini ruangan komen juga mungkin akan didatangkan dengan ciri tersebut.

Ciri yang masih dalam peringkat ujian ini belum lagi ditawarkan secara menyeluruh tetapi bagi beberapa pengguna yang dapat mengaksesnya, mereka diberi pilihan warna latarbelakang seperti contoh gradient.

Rata-rata berpendapat ciri yang cuba diketengahkan oleh Facebook ini agak keterlaluan dan menjadikan platform media sosial itu kelihatan tidak kemas dan menyakitkan mata.

Walaubagaimanapun ciri latarbelakang berwarna bagi ruangan komen ini hanya dapat dilihat pada versi telefon pintar sahaja dan sungguhpun Facebook menguji ciri berkenaan, ia tidaklah bermaksud mereka akan melancarkannya.

Anda suka atau tidak ruangan komen berwarna?



Sumber: Mat Navarra via Mashable