Facebook Mudahkan Pengguna Untuk Kawal Maklumat Yang Dikongsi

Ketika ini, pemilik syarikat dan laman sosial media nombor 1 di dunia, Facebook, Mark Zuckerberg sedang teruk diasak dengan pelbagai dakwaan dan persoalan berkenaan dengan perkongsian data pengguna tanpa kebenaran oleh pihaknya kepada pihak ketiga. Dalam usaha memperbaiki status mereka, Facebook telah memperbaiki polisi kawalan data dan privasi mereka bagi meningkatkan kembali kepercayaan pengguna kepada mereka.



Sekiranya anda ada membuka aplikasi Facebook baru-baru ini, anda mungkin akan perasan berkenaan perkara ini pada paparan layar Facebook anda. Ia memberitahu pengguna bahawa mereka kini boleh mengawal kepada siapa maklumat mereka akan dikongsikan selain boleh memutuskan sebarang hubungan atas talian yang tidak dikehendaki.

Facebook telah mengubah suai reka bentuk pada paparan layar 'Account Setting' bagi aplikasi mudah alih mereka. Ubah suai ini akan memberi paparan yang lebih jelas dan ringkas berkenaan tetapan yang boleh diubah oleh pengguna mereka. Anda boleh lihat imej di bawah, di mana perubahan daripada paparan yang lama(kiri) ke paparan yang baru(kanan) yang dilakukan oleh Facebook.



Selain itu, pengguna Facebook kini turut boleh mengawal jenis iklan yang akan dipaparkan semasa menggunakan Facebook mereka. Klik sahaja pada pautan ini untuk menetapkan sumber iklan yang anda benarkan untuk dipapar pada skrin Facebook anda.



Antara pembaharuan lain yang dibawa oleh Facebook bagi meningkatkan tahap privasi penggunanya ialah pengguna boleh menetapkan untuk perlunya mendapatkan pengesahan anda setiap kali pendaftaran masuk dilakukan menggunakan peranti yang tidak pernah digunakan sebelum ini. Anda boleh melakukannya dengan mengaktifkan 'two-factor authentication' bagi akaun anda.

Sumber