Facebook Mohon Maaf Atas Kesilapan Teknikalnya Berkaitan Bencana Gempa Bumi Lombok

Facebook sekali lagi terpalit dengan kontroversi. Kali ini, ia berkaitan masalah teknikal berkaitan fungsi penterjemahannya apabila telah tersilap menterjemahkan perkataan 'selamat' kepada congratulations(tahniah), dan bukannya safe.

Ia terjadi apabila penggunanya mengucapkan ucapan semoga selamat kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Lombok baru-baru ini. Berikutan dengan kiriman itu, fungsi animasi automatik yang terdapat pada Facebook telah memaparkan imej belon, seperti meraikan sesuatu berita yang baik.

Berbeza dengan bahasa Malaysia, selamat di Indonesia juga membawa maksud tahniah. Lantaran itu, tindakan Facebook yang membuat kenyataan maaf ini wajar dipuji kerana masalah tersebut bukanlah disebabkan oleh pihak mereka secara amnya.

https://twitter.com/hermansaksono/status/1026277395391807488

Kami di pihak Wiser juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak pembaca bersama-sama mendoakan keselamatan saudara dan sahabat kita yang terlibat dengan tragedi itu tanpa mengira agama dan bangsa.

Sumber