Facebook Messenger Kini Menyokong Imej Resolusi Tinggi

Facebook menerusi pengurus produk, Sean Kelly dan Hagen Green telah mengumumkan sokongan imej resolusi tinggi bagi aplikasi Messenger. Pengguna platform berkenaan kini berupaya menghantar dan menerima imej 4K  dengan resolusi 4096p x 4096p.

Kemaskini berkenaan akan mula ditawarkan bagi pengguna Android dan iPhone di Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, Australia, UK, Singapura, Hong Kong, Jepun serta Korea Selatan dan disusuli oleh negara-negara dalam masa beberapa minggu lagi.

Facebook turut berkongsikan imej perbandingan antara resolusi 4K dan resolusi rendah. Disebelah kiri adalah imej 4K.









Sumber: Facebook