Facebook Messenger Kini Membolehkan Anda Membalas Kiriman Secara Individu Dalam "Group"

Berbual secara berkumpulan dalam mana-mana aplikasi memang menyeronokkan. Namun apabila terlalu ramai saling balas-membalas, kadang-kala agak memeningkan untuk kita membalas satu-satu mesej.

Perkara itu kini tidak lagi akan berlaku. Ini kerana Facebook sudah menyediakan satu fungsi yang membolehkan pengguna membalas mesej secara individu atau "quote and reply", seperti yang ada pada aplikasi WhatsApp.



Menerusi kemaskini terbaru ini, anda akan dapat melihat butang "reply" bersebelahan ikon emoji jika anda sentuh dan tahan satu-satu mesej di dalam Messenger Group.

Ia sudah mula tersedia untuk kegunaan pengguna sejak semalam dan sekiranya anda masih belum dapat menggunakan fungsi ini, anda mungkin perlu menyemak status kemaskini aplikasi Messenger anda.

 

Sumber: VentureBeat