Facebook Menjanjikan Beberapa Perubahan Dalam Aplikasi Mereka

Facebook terutamanya pengasasnya, Mark Zuckerberg sedang menghadapi tekanan dari pelbagai pihak disebabkan penglibatan mereka dengan skandal Cambridge Analytica yang menggunakan maklumat dari pengguna di platform tersebut.

Kesan daripada peristiwa tersebut, beberapa selebriti terkenal and organisasi khususnya di Amerika Syarikat telah memadam akaun rasmi mereka di Facebook. Mark Zuckerberg telah menghadiri sesi soal jawab bersama Kongress Amerika Syarikat dan berjanji akan melakukan perubahan terhadap platform media sosial itu.

Beberapa perubahan telah diumumkan oleh Facebook bagi memenangi kepercayaan penggunanya kembali dan salah satunya adalah fungsi untuk memadam sejarah browsing anda di dalam Facebook.

Clear History

Zuckerberg bagaimanapun menerangkan fungsi ini akan memberikan pengalaman Facebook yang tidak diingini untuk pengguna mereka kerana aplikasi Facebook perlu mengubah semula tetapan untuk sesetengah laman sesawang.

Messenger



Facebook juga sedang mereka semula aplikasi mesej mereka, Messenger untuk memastikan pengguna mendapat pengalaman yang lancar dan lebih bersih semasa menggunakan aplikasi tersebut.



Mereka juga menambah mod gelap bagi mengambil kesempatan terhadap penggunaan telefon pintar dengan skrin paparan LED.

Butang Dislike (downvote)

Bertahun-tahun lamanya pengguna Facebook hanya mempunyai satu pilihan apabila berhadapan dengan kiriman di Facebook iaitu butang 'Like'. Sesetengah dari kita tertanya-tanya mengapa butang 'dislike' tidak wujud di waktu kita mahu menggunakannya untuk kiriman yang tidak disukai.



Fungsi seperti ini dapat dilihat di Reddit dan nampaknya Facebook akan menyalin kaedah ini untuk aplikasi mereka. Ketika ini tidak kelihatan lagi fungsi ini di dalam Facebook  dan mungkin dalam tempoh 2 atau 3 hari lagi, kita sudah boleh menggunakan fungsi terbaru ini semasa mereka berada di dalam Facebook.