Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Memperkenalkan Sistem Pembayaran Tersendiri, Facebook Pay

Facebook Memperkenalkan Sistem Pembayaran Tersendiri, Facebook Pay

Diterbitkan November 13, 2019 oleh Meor Hasyim

Facebook telah memperkenalkan sebuah sistem pembayaran sendiri yang boleh digunakan pada produk mereka seperti Facebook, Messenger, Instagram danjuga WhatsApp. Facebook Pay ini juga secara tidak langsung akan mewujudkan satu pengalaman pembayaran yang konsisten untuk keseluruhan aplikasi dan perkhidmatan Facebook.

Facebook Pay boleh digunakan untuk membuat pembayaran atau pembelian dalam aplikasi, menghantar wang atau meminta kepada kenalan dan membuat pembelian seperti dalam Facebook Marketplace. Ia juga menyokong kad kredit dan juga PayPal.

facebook introduces pay payment feature

Menurut Deborah Liu, naib presiden Facebook Marketplace and Commerce, fokus Facebook Pay adalah untuk mewujudkan suasana perdagangan yang selesa, mudah diakses dan selamat untuk pengguna platform Facebook. Tambahannya, dengan kemudahan seperti Facebook Pay, beliau percaya mereka boleh membantu lebih banyak bisnes untuk berkembang dan menggalakkan orang ramai membeli dan berniaga secara atas talian.

Facebook Pay hanya tersedia pada aplikasi Facebook dan Facebook Messenger terlebih dahulu. WhatsApp dan Instagram akan disokong kemudian. Setakat ini, ia hanya dilancarkan di Amerika Syarikat dan belum diketahui lagi sama ada memasuki pasaran lain terutamanya Malaysia.

Sumber: Facebook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY