Facebook Memperkenalkan Messenger Lite





Facebook harini ini diberitakan melancarkan Messenger Lite untuk android. Aplikasi ini tampil dengan fungsi utama seperti pemesejan, menghantar serta menerima gambar, pautan dan pelekat.



Versi lite ini sama dengan versi Facebook Lite dimana ia disasarkan kepada pengguna yang mempunyai sambungan internet yang perlahan. Ikon Messenger Lite berwarna berlawanan dengan versi standard.



Aplikasi ini juga bersaiz 10MB dan boleh mula dimuat turun di Kenya, Tunisia, Malaysia, Sri Lanka dan Venezuela. Negara-negara lain dijangka menikmati aplikasi ini tidak lama lagi.



Sumber: Facebook Newsroom