Facebook Memperkenalkan Hab Penstriman Permainan Video Mereka - fb.gg

Permainan video pada masa kini bukan hanya sekadar bermain sahaja, malah penggemar permainan video kini semakin berminat untuk menonton video penstriman permainan kegemaran mereka. Laman Twitch merupakan antara laman penstrimanan terbesar dalam industri permainan video dan menutut laporan Business Insider, mereka mempunyai sekitar 55 juta pengguna aktif pada hari ini.



Dan semalam, Facebook telah pun mengambil langkah untuk turut serta dalam industri berkenaan dengan melancarkan 'fb.gg' sebagai hab penstriman permainan video terbaru mereka. fb.gg ini akan menjadi tempat pengumpulan setempat bagi penggemar permainan video menonton pemain kegemaran mereka bermain.

Melalui laman tersebut, Facebook telah memudahkan pengguna untuk memilih permainan video yang ingin ditonton melalui pengkategorian 'Stream by Game'. Maka, tidak menjadi masalah sekiranya pemain kegemaran anda tidak membuat siaran langsung ketika anda mahu menonton.



Bagi anda yang memang gemar menonton penstriman permainan video, anda sudah boleh melayari laman fb.gg sekarang dan mula menikmati gaya permainan daripada pemain kegemaran anda. Ia lebih mudah daripada mengharapkan rakan-rakan anda untuk berkongsi siaran langsung melalui news feed atau mencari sendiri sebelum ini.

Sumber