Facebook Memperkenalkan Aplikasi Facebook 360 untuk Samsung Gear VR

Hari ini Facebook telah melancarkan aplikasi khusus untuk Samsung Gear VR. Ia dipanggil Facebook 360 dan kini boleh didapati melalui aplikasi Oculus di telefon bimbit Samsung yang serasi dengan Gear VR.

facebook-360-grid

Facebook 360 dicipta dengan tujuan untuk memudahkan anda mengekses berjuta-juta video 360-darjah dan gambar yang disiarkan dalam aplikasi baru rangkaian sosial tersebut dan merasai pengalaman yang VR yang lebih meluas dan interaktif. Terdapat lebih daripada 1 juta video dan lebih daripada 25 juta imej disediakan oleh aplikasi Facebook 360 ini.

facebook-360-title-card

Facebook 360 berfungsi dengan mempamerkan kandungan video 360-darjah yang dikongsikan oleh rakan-rakan dan orang-orang anda yang anda ikuti. Yang menariknya anda juga boleh mencari video baru menggunakan fungsi Explore dan menyimpan ke dalam ruang storan. Anda juga boleh memuat naik video 360-darjah anda sendiri (jika ada) melalui ruang Timeline. Aplikasi ini juga membolehkan anda bertindak balas seperti memberikan komen dan sebagainya.

Sumber