Connect with us

Berita

Facebook Memfailkan Saman Terhadap Firma Israel Kerana Menggodam Pengguna WhatsApp

ariff bukhari

Ditulis

pada

Pertama kali tindakan undang-undang diambil oleh pemilik WhatsApp ke atas firma persendirian yang cuba menggugat privasi pengguna.

Pemilik aplikasi sembang sosial popular WhatsApp, Facebook telah memfailkan saman ke atas firma pengawasan peranti pintar Israel, NSO Group atas dakwaan firma tersebut terlibat aktif menggodam pengguna aplikasi WhatsApp.

Sebelum ini pada Mei lalu telah dilaporkan sebuah syarikat sekuriti siber yang berpengkalan di Israel, NSO Group telah memasang perisian pengintip ‘Pegasus’ pada WhatsApp dengan cara mengeksploitasi kelemahan yang ada pada aplikasi tersebut.

This attack was developed to access messages after they were decrypted on an infected device, abusing in-app vulnerabilities and the operating systems that power our mobile phones.”

“Defendants (attackers) created WhatsApp accounts that they used and caused to be used to send malicious code to Target Devices in April and May 2019. The accounts were created using telephone numbers registered in different counties, including Cyprus, Israel, Brazil, Indonesia, Sweden, and the Netherlands.” Antara kandungan dalam pemfailan saman oleh WhatsApp Inc. dan Facebook Inc.

Pemfailan saman terhadap NSO Group dibuat di bawah undang-undang Negara Amerika Syarikat, di bawah akta kesalahan penyalahgunaan dan penipuan komputer serta akta kesalahan penyalahgunaan dan penipuan komputer California.

Continue Reading
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular