Juga memadam sejumlah 3.2 bilion akaun palsu dalam tempoh 6 bulan itu.
Facebook dalam laporan edisi keempat bertajuk Community Standards Enforcement Report yang diterbitkan mereka semalam memaklumkan, mereka telah membuang lebih daripada 74 juta hantaran pada suku kedua dan suku ketiga tahun ini.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 58 juta hantaran yang dibuang itu mengandungi konten lucah dan aktiviti seksual, 5.7 juta hantaran lagi adalah kandungan pencabulan dan buli. Manakala sebanyak 11.4 juta hantaran yang dibuang berunsur ucapan kebencian.
Malah dalam tempoh 6 bulan itu juga, sebanyak 4.5 juta kandungan yang mengajak kepada kegiatan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri telah dibuang dari platfom sosial tersebut.
Dalam laporan itu juga Facebook memberitahu, jumlah kewujudan akaun palsu juga meningkat mendadak di mana dari April hingga September sahaja, mereka telah membuang sebanyak 3.2 bilion akaun palsu dalam tempoh tersebut.
Peningkatan sebanyak 1.5 bilion akaun palsu yang dibuang mereka pada tahun lalu bagi tempoh yang sama.
Sumber: cnet
Berkaitan
- Pepijat Menyebabkan Akaun Facebook Digodam Menggunakan Gmail
- Hati-hati Dengan Iklan Tawaran Kerja Di Facebook, Tersembunyi Perisian Hasad Ov3r_Stealer
- Rugi Lebih RM2.5 Juta, PDRM Dedah Cara Mudah Scammer Tipu Mangsa Di WhatsApp, Telegram Dan Facebook
- Storan Yang Mengandungi 29 Ribu Data Peribadi Akaun Bank Pekerja Facebook Dicuri
- Pengguna iPhone Sudah Boleh Mengaktifkan Tema Gelap Aplikasi FacebookÂ
- Facebook Saman Pembangun Aplikasi Asia Kerana Memasang Perisian Hasad Pada Aplikasi Android
- Apple Akan Mengehadkan Ciri Aplikasi Sembang Yang Dimiliki Facebook
- Acara Facebook Developer Conference 2020 Dibatalkan
- Penyelidik Mendakwa Beratus Juta Data Privasi Pengguna Facebook Terdedah Di Internet
- Sebanyak 419 Juta Nombor Telefon Pengguna Facebook Dilaporkan Terdedah Di Atas Talian