Facebook Meluaskan 'Data Abuse Bounty Program' Ke Instagram

Langkah Facebook meningkatkan pula keselamatan data pengguna Instagram.


Pada April tahun lepas, Facebook telah melancarkan program yang dipanggil sebagai 'Data Abuse Bounty' yang akan memberikan ganjaran kepada sesiapa yang melaporkan sebarang penemuan perlanggaran polisi dan penyalahgunaan data oleh pembangun aplikasi.

Kini pihak Facebook meluaskan program tersebut ke Instagram pula dengan tujuan yang sama. Ia diumumkan oleh Dan Gurfinkel, Pengurus Jurutera Keselamatan Facebook hari ini.

Facebook berharap dengan cara ini, mereka akan dapat melindungi informasi yang dikongsikan pengguna di Instagram dan menggalakkan para penyelidik keselamatan melaporkan sebarang penyalahgunaan data kepada mereka.

Sekaligus pihak Facebook akan lebih pantas respon dan mengambil tindakan dengan lebih baik terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Ganjaran yang akan diberikan kepada pihak pelapor pula adalah bergantung kepada impak dan kualiti laporan.

Info lanjut tentang Data Abuse Bounty Program ini boleh didapati di laman muka Facebook data abuse.