Facebook Melancarkan Aplikasi Sosial Khusus Untuk Orang Yang Berpasangan Sahaja

Aplikasi tersebut dikenali sebagai 'Tuned'.


Firma gergasi pembangun platfom sosial, Facebook dilaporkan telah melancarkan sebuah aplikasi baru yang dikenali sebagai 'Tuned'.

Apa yang menjadikan Tuned istimewa adalah aplikasi tersebut dibangunkan secara khsusus untuk mereka yang mempunyai pasangan sahaja.

Menurut Facebook, platfom baru itu adalah ruang privasi untuk pasangan melakukan aktiviti secara bersama seperti berkongsi akaun Spotify, berkongsi foto, nota, memo suara dan banyak lagi hanya dengan pasangan anda sahaja.

Aplikasi tersebut dibangunkan oleh pasukan New Product Experimentation (NPE) dari Facebook.

Walaubagaimanapun, aplikasi Tuned pada masa ini hanya ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat dan Canada sahaja.

Tidak pula diketahui sama ada aplikasi itu akan ditawarkan kepada pengguna di negara-negara lain memandangkan Facebook melancarkan aplikasi tersebut secara diam-diam.

Mungkin Tuned hanya sekadar sebuah aplikasi ekperimen baru yang sedang dijalankan oleh Facebook.

Sumber: Reuters