Facebook Melaburkan Hampir $3 Billion Untuk Teknologi VR

Facebook telah melaburkan sebanyak $3 billion untuk teknologi VR. Revolusi teknologi VR ini sudah semestinya dibawa oleh CEO Facebook sendiri, Mark Zuckerberg. Pada tahun 2014, Facebook telah membeli syarikat pembuat VR iaitu Oculus yang bernilai $2 billion.

Oculus sebenarnya telah dituduh mencuri teknologi dari Zenimax dan kes ini telah di bawa ke mahkamah. CTO Oculus, John Carmark dipercayai mencuri harta intelek seorang pekerja software Zenimax dan menggunakannya untuk mencipta Oculus Rift. Oculus menafikan dakwaan tersebut.

"Kami yakin kesemua produk Oculus dibina dengan teknologi dari Oculus sendiri" kata Zuckerberg yang turut hadir memberikan keterangan di mahkamah perseketuan Dallas beberapa hari lepas. Beliau juga turut berkata teknologi VR belum lagi di praktikan secara meluas dan ianya masih di fasa permulaan.

Mark Zuckerberg turut berkata teknologi VR akan mengambil masa selama 10 tahun untuk dibangunkan ke tahap yang maksimum". Beliau lantas memberitahu Facebook akan membelanjakan sebanyak $3 billion untuk membangunkan teknologi VR ini.

Sumber: MobileScout, Trusted Review.