" Berdasarkan apa yang kita lihat di Facebook, terdapat banyak perniagaan kecil menyiarkan tentang peluang pekerjaan pada Page mereka, dan kami menjalankan ujian untuk pentadbir Page menyiarkan peluang pekerjaan dan menerima permohonan dari pemohon," kata jurucakap Facebook kepada TechCrunch. Ciri ini pertama kali dilihat pada laman Facebook TechCrunch sendiri, dan mereka berkongsi screenshot ciri tersebut. Mereka menyatakan ciri baru itu muncul pada bahagian kemaskini status. Ia membenarkan Page berkongsi peluang pekerjaan, dengan butiran yang sesuai dan terperinci seperti nama jawatan, gaji, separuh masa atau sepenuh masa.

Selain itu, jika dilihat pada screenshot tersebut terdapat tab 'Jobs'. Ia untuk memudahkan pentadbir Page mengemaskini tawaran pekerjaan syarikat mereka. Butang 'Apply Now'' juga akan disediakan berfungsi memohon pekerjaan dengan maklumat diisi menggunakan profil akaun Facebook pemohon. Ia dapat mempercepatkan permohonan kerana pemohon tidak perlu menaip informasi yang sama berulang kali. Laman Facebook syarikat akan menerima permohonan dalam bentuk Facebook Messages.
Syarikat-syarikat boleh menggunakan khidmat berbayar untuk mempromosikan peluang pekerjaan kepada lebih ramai pengguna Facebook yang lain. Fungsi ini menjadikan laman Facebook syarikat lebih menarik dan aktif dengan kedatangan pengguna yang ingin mencari pekerjaan. Sebelum ini syarikat lebih bergantung kepada laman web rasmi syarikat untuk memaparkan kekosongan jawatan dan ia kelihatan statik.
Baru baru ini LinkedIn ada memperkenalkan ciri yang menarik dimana anda dapat membuat perbandingan gaji mengikut kerjaya masing-masing. Tetapi itu mungkin tidak cukup untuk menandingi Facebook dari segi jumlah pengguna aktif. Sehingga Ogos yang lalu, direkodkan seramai 1.79 bilion pengguna menggunakan Facebook manakala LinkedIn hanya merekodkan seramai 450 juta pengguna aktif. Dengan pengenalan ciri baru dari gergasi media sosial ini, dijangkakan ia bakal memberi saingan hebat kepada platform pencarian kerja yang lain.
Hal ini boleh dilihat dengan pelancaran ciri Marketplace pada bulan lepas. Platform jualan seperti OLX di India dan Craiglist di Amerika Syarikat semakin kurang mendapat sambutan kerana pengguna lebih selesa menggunakan Marketplace.
Berkaitan
- Berapa Kapasiti Bateri Dan RAM Yang Ada Pada iPhone SE 2020? Ini Jawapannya
- Air Asia Perkenal Sistem Pembayaran Tanpa Tunai BigPay
- SKMM Keluarkan Kenyataan Media Mengenai Hasil Perbincangan Dengan Telco
- P50 Pocket, 'Lipatan' Terbaru Dari Huawei
- Microsoft Dilapor Akan Umum Peranti Boleh Lipat Andromeda Pada Tahun Hadapan
- Samsung Patenkan Nama "SAMOLED" Untuk Skrin Paparan Mereka
- Spotify Perkenalkan Ruangan Kanak-Kanak di Aplikasi Mereka
- Rebut Peluang Keemasan Memenangi ZenFone 4 Selfie Pro, Ditandatangani Khas Oleh Gong Yoo
- Google Perkenal Shadow Art, Permainan Berasaskan Kecerdasan Buatan
- iOS 12 Sedia Dimuat Turun, Ini 10 Ciri Tersembunyi Yang Anda Boleh Nikmati