Facebook Mahu Jana Pendapatan Melalui WhatsApp Selepas Kerugian Besar Yang Dialami

Selepas mengalami kerugian besar seperti yang kami pernah laporkan sebelum ini, Facebook kini mula mencari cara baru untuk menjana pendapatan. Mereka kini dilaporkan sedang merancang untuk menggunakan aplikasi WhatsApp milik mereka sebagai sumber kewangan terbaru.

Jangan risau, ia bukan bermakna pengguna WhatsApp akan dikenakan bayaran untuk menggunakan aplikasi perhubungan tersebut. Facebook cuma akan mengenakan bayaran bagi memaparkan iklan perniagaan yang akan disambungkan dengan pautan kepada aplikasi WhatsApp.



Dalam bahasa lebih mudah, sekiranya anda seorang pengusaha dan ingin memudahkan pelanggan anda menghubungi anda melalui WhatsApp, anda perlu membayar sejumlah yuran iklan kepada Facebook. Selepas itu, pelanggan cuma perlu menekan satu butang pada iklan anda untuk berhubung secara terus menerusi WhatsApp.

Ia merupakan satu berita baik kepada pihak pelanggan kerana mereka tidak lagi perlu 'PM' penjual melalui aplikasi FB Messenger yang dilihat kurang berkesan. Namun, bagi pihak pengusaha, sekiranya mereka gagal membalas mesej pelanggan dalam masa 24 jam, mereka bakal dikenakan bayaran denda.

Jika laporan ini benar, pengguna Facebook mungkin tidak akan dibenarkan lagi untuk mengirim pautan WhatsApp mereka di laman FB selepas ini.

Sumber