Facebook Live Kini Tampil Untuk Platform PC

Facebook Live yang telah menjadi fenomena diperkenalkan pada tahun lepas. Tetapi fungsi ini hanya ditawarkan untuk peranti mudah alih. Jadi, jika anda mahu merakam video secara langsung di Facebook anda perlu menggunakan telefon pintar atau tablet.

Create_Post___Live_Video

Hari ini Facebook telah mengumumkan Facebook Live ini juga akan hadir untuk platform PC dan komputer riba. Facebook berkata fungsi ini amat diperlukan di platform PC untuk acara yang lebih formal seperti temuramah dan sebagainya. Yelah takkan nak temuramah bangsawan secara live pakai fon je ye dak?.

Pengguna boleh menyambungkan webcam atau peranti kamera bersesuaian dengan komputer mengikut set-up yang anda diinginkan. Untuk memulakan rakaman video secara langsung menggunakan desktop, pengguna hanya perlu klik Live Video di bahagian News Feed atau Timeline. Selepas itu teruskan seperti biasa.

Sumber