Facebook Lite Sudah Ada Ciri Mod Gelap

Facebook Lite merupakan aplikasi media sosial yang lebih "ringan" berbanding aplikasi utamanya. Dikala pengguna versi penuh masih menantikan kehadiran mod gelap hadir, pengguna versi Lite nampaknya dapat merasai ciri tersebut lebih awal.

Dikesan terlebih dahulu oleh laman Android Police, butang untuk mengaktifkan mod gelap untuk Facebook Lite sudah kelihatan pada senarai menu.



Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu tekan ikon menu pada bucu atas kanan dan tatal ke bawah diantara pilihan Settings dan Privacy Shortcuts.



Sebelum ini, aplikasi utama Facebook telah dikatakan menerima ciri mod gelap dan ia mungkin sedang menjalani fasa ujian sebelum penawaran kepada umum dibuat. Selain Facebook Lite, aplikasi pemesejan Messenger juga sedia dilengkapkan dengan mod gelap dan ia sudah diaktifkan sejak April tahun lalu.