Facebook Lancarkan Aplikasi fb.gg, Pesaing Kepada Twitch

Beberapa bulan yang lalu, Facebook sedia melancarkan fb.gg yang mana rata-rata pihak menyebutnya sebagai pesaing kepada Twitch.

Kini mengembangkan lagi platform tersebut, aplikasi versi beta sudah mula ditawarkan pada Google PlayStore tetapi terhad kepada pengguna di Filipina sahaja.

Seperti gambar dibawah, fb.gg memberikan anda pilihan dengan butang navigasi pada bahagian atas, sama ada mahu melihat streamer yang sudah anda ikuti, ataupun mencari streamer lain.





Terdapat juga bahagian yang menawarkan permainan mudah alih yang popular.

Pengguna juga berupaya menyertai perbualan dengan penonton yang lain.



Belum pasti bila ia akan ditawarkan kepada umum memandangkan fasa ujian baru sahaja berlangsung.

Sumber: Tech Crunch