Facebook Kemaskini Fungsi Album - Kini Anda Boleh Simpang Teks, Status dan Check-In

Untuk memastikan aplikasi mereka sentiasa up-to-date, Facebook telah tampil dengan kemaskini baru bagi fungsi album.



Sebelum ini fungsi album hanya boleh menyimpan foto dan video sahaja tetapi hasil dari kemaskini tersebut, pengguna boleh menyimpan teks ucapan, status, perkongsian artikel dan juga check-in.



Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjemput rakan-rakan Facebook yang lain untuk turut serta menjadi penyumbang didalam album itu.

Buat masa sekarang fungsi ini hanya boleh diakses oleh pengguna komputer dan juga Android.

Dan seperti biasa pengguna iOS perlu menunggu sedikit masa lagi untuk menggunakan fungsi album yang terbaru ini.

Sumber: The Verge