Facebook Hentikan Aplikasi Groups Awal September Depan

Aplikasi Facebook Groups akan dihentikan bermula 1 September ini. Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat berpengkalan di California itu pada Sabtu lepas.



Mungkin bagi kebanyakkan anda tidak pernah tahu tentang kewujudan aplikasi yang berfungsi sebagai aplikasi mandiri (standalone apps) membolehkan pengguna mengakses dan berinteraksi dengan kumpulan yang mereka sertai.

Selepas 3 tahun dilancarkan, Facebook mengambil keputusan untuk menghentikannya atas alasan untuk meningkatkan fungsi Groups di aplikasi utama. Disamping itu, syarikat juga memberi jaminan segala fungsi yang ada pada aplikasi lama akan ditawarkan pada aplikasi utama Facebook.