Facebook Henti Rancangan Iklan Pada WhatsApp Buat Sementara Waktu

Menurut The Wall Street Journal, Facebook dilapor telah menghentikan rancangan untuk memaparkan iklan dalam aplikasi WhatsApp buat sementara waktu. Keputusan Facebook untuk memaparkan iklan dalam aplikasi itu telah mendorong pembangun WhatsApp berundur dari syarikat tersebut 18 bulan lalu.

Iklan WhatApp Kapsyen: Gambar: Olivier Ponteville


Dalam beberapa bulan, WhatsApp telah membubarkan satu pasukan yang dikhaskan untuk mengetahui cara terbaik memaparkan iklan dalam platform tersebut. Kerja pasukan tersebut dilaporkan telah dikeluarkan daripada kod WhatsApp.

Peralihan ini menandakan syarikat gergasi media sosial ini masih bergelut untuk menambah kewangan WhatsApp yang dibeli dengan $22 billion pada tahun 2014 dan masih belum membayar dividen kewangan walaupun perkhidmatan itu digunakan lebih daripada 1.5 bilion orang di seluruh dunia.

Wakil syarikat mengesahkan, Facebook masih merancang untuk membawa iklan pada status WhatsApp, namun mereka tidak berkongsi dengan lebih lanjut mengenainya.

Dibangunkan pada tahun 2009, WhatsApp menjana pendapatan pada mulanya dari yuran muat turun dan kemudian langganan tahunan $ 0.99, tetapi Facebook menjadikannya platform percuma selepas mengambil alih. Pada 2018, Facebook merancang untuk menjana lebih banyak pendapatan daripada aplikasi tersebut termasuk dengan memaparkan iklan.

Sumber: CNET, The Wall Street Journal