Facebook Hasilkan Sistem Mengesan Pengguna Yang Berniat Untuk Membunuh Diri

Media sosial merupakan satu platform yang menghubungkan kita dengan pengguna yang lain.

Berjuta status, foto, dan video dikongsikan kepada kenalan media sosial. Tetapi bagaimana pula kalau perkara yang dikongsikan itu mengenai keinginan untuk membunuh diri?

Menurut Facebook Newsroom, sekurang-kurangnya satu kes bunuh diri akan berlaku di seluruh dunia setiap 40 saat. Ia sangat membimbangkan orang ramai, lebih-lebih lagi syarikat media sosial terkenal, Facebook.

Facebook sudahpun membangunkan satu sistem pintar yang mampu mengenal pasti pengguna yang berkeinginan untuk membunuh diri.

Algoritma yang dibangunkan itu akan berfungsi dengan meneliti tanda amaran yang ada pada sesuatu post dan juga komen-komen yang ditulis pada post tersebut.

Anda mesti mahu tahu apa yang mampu dan akan dilakukan Facebook untuk menghalang cubaan diri yang disiarkan melalui aplikasi mereka:

  • Algoritma dari Facebook akan mengeluarkan amaran apabila status yang dilihat berbaur cubaan bunuh diri di muat naik.

  • Pengguna yang dikenal pasti itu akan dihubungi oleh Facebook menerusi Messenger dan dinasihatkan serta memberitahu cara bagaimana pengguna itu boleh mendapatkan bantuan.

  • Jika ada cubaan bunuh diri yang disiarkan pada Facebook Live, pengguna lain yang menonton akan dinasihatkan supaya membantu mangsa dengan cara memberi kata-kata semangat dan sebagainya.


_94888349_86c10aca-7ee9-452d-8e3f-d7213395a266

 

Jika ada masalah, cubalah bawa berbincang dengan orang yang rapat dengan anda. Bunuh diri tidak selesaikan apa-apa masalah.

Sumber: Facebook Newsroom