Facebook Diserang Pepijat, Tarik Balik Sekatan Keatas Akaun Yang Disekat

Fungsi sekatan atau blocking yang terdapat pada tetapan Facebook sememangnya sangat berguna jika anda mahu mengelak daripada seseorang di platform berkenaan.

Individu yang sudah disekat tidak boleh melihat apa-apa status anda di garis masa, tidak boleh menghantar mesej, termasuk menambah anda sebagai kenalan Facebook mereka.



Namun beberapa hari lepas, Facebook ada membuat pengumuman terdapat satu pepijat yang memporak-perandakan fungsi tersebut.

Pepijat itu mula aktif diantara 29 Mei dan 5 Jun, melibatkan lebih daripada 800,000 orang pengguna media sosial berkenaan. Kesan daripada serangan itu, akaun yang disekat telah dinyahsekat dan juga akaun terbabit juga boleh menghubungi anda melalui Messenger.

Berikutan itu, Facebook telah mengambil langkah membaik pulih pepijat dan senarai sekatan kembali seperti biasa.

Untuk menyemak senarai sekatan, anda boleh lakukan disini Semak Sekatan Facebook.

Sumber: Facebook