Facebook Dilaporkan Sedang Menguji Ciri Pengecaman Wajah

Sejak kebelakangan ini, ciri pengecaman wajah semakin menarik perhatian tidak kira sama ada pengeluar telefon pintar, komputer dan terbaru, platform media sosial.

Dilaporkan, Facebok sedang melakukan ujian bagi ciri pengecaman wajah bagi mempertingkatkan lagi tahap keselamatan akaun pengguna.

Berdasarkan tweet daripada editor TNW, Matt Navara, beliau memuat naik beberapa keping foto yang menunjukkan ciri itu. Fungsi pengecaman wajah Facebook dibangunkan dengan tujuan mendapatkan kembali akses ke akaun apabila pengguna terlupa kata laluan.



Jika fungsi ini benar-benar stabil dan selamat, ia mungkin akan diperkenalkan dengan lebih meluas. Ramai masih tertanya-tanya adakah ciri ini boleh berfungsi pada telefon pintar, komputer ataupun perlu menggunakan peranti khas?

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari Facebook.

Sumber: Matt Navara via Engadget