Facebook Dilapor Mahu Keluarkan Speaker Pintar

Dilihat bakal mengikut jejak langkah seperti Amazon, Google dan Apple, gergasi media sosial Facebook dikhabarkan mahu mengeluarkan speaker pintar mereka sendiri.

Ketika ini menggunakan nama kod Fiona dan Aloha, dua versi speaker pintar tersebut dijangka mula dipasarkan pada bulan Julai nanti.

Salah satu daripadanya dikatakan tampil dengan rekaan skrin sesentuh 15 inci keluaran daripada LG Display, satu kali ganda lebih besar berbanding speaker pintar Amazon, Echo Show.

Kapsyen: Echo Show dari Amazon


Berdasarkan laporan dari Digitimes, speaker pintar berkenaan mampu menyediakan fungsi seperti perbualan video, sokongan arahan suara, dan ciri-ciri yang memfokuskan terhadap rangkaian sosial.

Turut dinyatakan teknologi pengecaman wajah akan digunapakai menerusi lensa yang diletakkan dibahagian hadapan peranti.

Sumber: DigiTimes