Melibatkan sejumlah 1.5 juta pengguna, ia mula mendapat perhatian apabila penyelidik sekuriti mengesan Facebook meminta pengguna baru untuk memasukkan kata laluan emel bagi pengesahan semasa mendaftar akaun.
Setelah pengguna memasukkan kata laluan tersebut, satu paparan menyatakan muat naik informasi sedang dibuat tanpa meminta keizinan pengguna terlebih dahulu.
Jurucakap Facebook telah mengesahkan, sejumlah data bagi 1.5 juta pengguna telah dikumpulkan dengan cara ini sejak Mei 2016 lagi. Difahamkan, ia digunakan untuk membantu membina hubungan sosial Facebook dan juga untuk mengesyorkan pengguna lain ditambah sebagai rakan.
Kaedah pengesahan ini bagaimanapun telah dihentikan danĀ data yang dikutip secara tidak sengaja itu, tidak dikongsikan dengan sesiapapun serta sudah dipadam. Syarikat itu juga menyatakan pengguna yang terkesan telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
Sumber: Business Insider
Berkaitan
- Ruangan Komen Facebook Lebih Menarik Dengan Sokongan Format GIF
- Ciri Jemputan Permainan Di Facebook Akan Ditamatkan
- Mod Perbualan Rahsia Diperkenal Facebook
- Facebook Dilapor Mahu Keluarkan Speaker Pintar
- Data Lebih Setengah Bilion Pengguna Facebook Dibocorkan Ke Dalam Talian
- Sayang Akaun Facebook Anda? Ikuti Langkah Berikut Untuk 'Backup' Data Dari Akaun Facebook
- Messenger Kids - Aplikasi Pemesejan Facebook Untuk Kanak-kanak
- Facebook Bantu Anda Jika Terdapat Kanak-Kanak Hilang
- Facebook News Feed Akan Siar Lebih Banyak Perkongsian Kenalan Berbanding Pages
- U Mobile Tawar Video Streaming Secara Percuma Untuk Penggunaan Facebook, Netflix Dan Juga Twitter