Facebook Diarah Membayar RM2.7 Juta Oleh Pihak Berkuasa U.K Berhubung Skandal Cambridge Analytica

Facebook setuju membayar denda tersebut.


Masih ingat dengan skandal Facebook dan Cambridge Analytica yang disifatkan sebagai skandal penyalah gunaan data peribadi terburuk dalam sejarah? Segalanya bermula apabila pada pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang berlangsung pada 2017 dahulu Facebook didakwa telah membantu kempen bagi pihak Donald Trump dalam berkongsi maklumat berkenaan data pengundi di Amerika Syarikat dengan pihak Cambridge Analytica.

Kini selepas hampir 3 tahun skandal tersebut hangat diperkatakan, Facebook dilaporkan telah bersetuju membayar denda berjumlah 500,000 pound (sekitar RM2.7 juta) sebagai sebahagian penyelesaian dengan pemerhati perlindungan data United Kingdom berhubung skandal tersebut..

Pada 2017, Pejabat Suruhanjaya Maklumat (ICO) United Kingdom melakukan siasatan rasmi mengenai salah guna data peribadi dalam kempen politik.

Pada awalnya, gergasi rangkaian sosial itu  merayu terhadap jumlah denda yang dikenakan ke atas mereka. Namun akhirnya, Facebook bersetuju membayar denda berkenaan tetapi tidak membuat sebarang pengakuan liabiliti berkaitan denda itu.

We are pleased to have reached a settlement with the ICO. As we have said before, we wish we had done more to investigate claims about Cambridge Analytica in 2015” Timbalan Pesuruhjaya ICO, James Dipple-Johnstone.

Beliau berkata, pihaknya gembira mendengar Facebook mengambil dan akan meneruskan langkah untuk mematuhi prinsip perlindungan data dan menjadikan isu ini sebagai satu pengajaran.

Sumber: CNBC