Facebook Dan Twitter Bantu Google Menepis Berita Palsu









Facebook dan Twitter kini sedang berkerjasama bersama Google dalam usaha untuk menangani isu berita palsu yang disebarkan di kedua dua laman sosial tersebut.



Kepada anda yang menggunakan kedua dua laman sosial ini, anda sudah pasti pernah melihat tentang berita palsu atau isu tidak benar seperti gambar lucah artis, kematian dan lain lain. Kedua dua syarikat laman sosial ini mengambil bahagian dalam First Draft Coalition, dimana ianya telah diumumkan pada bulan Jun lepas bersama YouTube Newswire, iaitu sebuah medium yang mengumupulkan beberapa saksi untuk mengesahkan kesahihan berita di laman YouTube.



Facebook khususnya adalah satu tambahan yang sangat besar didalam senarai laman sosial untuk FDC kerana mereka mempunyai berbilion pengguna. Menurut Reuters, kerjasama ini akan dijadualkan untuk pelancaran platform pengesahan dari pengguna akan bermula pada penghujung Oktober ini.