Luxottica adalah syarikat yang menghasilkan cermin mata bagi Ray-Ban dan Oakley.
Facebook dilaporkan sedang bekerjasama dengan syarikat yang menghasilkan cermin mata bagi Ray-Ban dan Oakley, Luxottica bagi membangunkan cermin mata pintar yang menyokong teknologi augmented reality (AR).
Ia pertama kali dilaporkan oleh pihak CNBC yang mendapat maklumat awal dari sumber yang mengetahui tentang pembangunan cermin mata itu.
Menurut laporan itu, sermin mata pintar yang sedang dibangunkan oleh Facebook Dan Luxottica menggunakan kod nama 'Orion'. Ia dibangunkan dengan tujuan bagi menggantikan telefon pintar pada masa akan datang.
Antara ciri yang akan dimiliki oleh c4rmin mata pintar tersebut adalah seperti menjawab panggilan, paparan pelbagai info serta menyokong perkongsian strim langsung bersama platfom media sosial.
Cermin pintar ini dijangka akan hadir dalam tempoh beberapa tahun akan datang iaitu antara tahun 2023 dan 2025.
Seperti sedia maklum, Facebook adalah pemilik kepada firma pembangun teknologi realiti maya (VR), Oculus. Jadi kerjasama dengan pihak Luxottica ini pula mungkin sebagai usaha Facebook bagi mengukuhkan lagi teknologi pembangunan peranti realiti maya mereka pada masa akan datang.
Berkaitan
- Ini Adalah 10 Telefon Pintar Android Terbaik Setakat Disember 2021 Menurut Antutu
- Jangan Terpedaya Dengan Akaun Facebook Palsu Ketua Setiausaha KKMM
- Enjin X50 Kini Boleh Dihidupkan Hanya Dengan Kawalan Dari Jam Pintar
- Pengguna Facebook Dibayar Bagi Menambah Baik Teknologi Pengecaman Suara
- NASA Kesan Kemunculan Kumpulan Tompok Matahari Besar Dan Sangat Aktif
- Jangan Terpedaya Pautan Permainan GTA 5 Untuk Telefon Pintar
- Galaxy Buds2 Pro Dan TV Pintar Samsung Terima Kemas Kini Perisian
- 9 Telefon Pintar Samsung Galaxy Ini Terawal Dapat One UI 6.1 Dengan Ciri AI
- Pengguna Android Dengan GPU Mali Berdepan Kecacatan Keselamatan Kritikal
- Meta Perbetulkan Isu Pepijat 'Permintaan Kawan' Secara Automatik Di Facebook