Facebook Dan Instagram Larang Akaun Pengguna Bawah 13 Tahun

Sosial media Facebook dan Instagram bakal memperketatkan lagi polisi umur pengguna dimana pemegang akaun dibawah 13 tahun akan dikunci daripada aktif.

Mengesahkan perkara tersebut kepada Tech Crunch, Facebook menyatakan sekiranya pengguna akaun tersebut dikenal pasti dibawah umur 13 tahun, akaun akan dikunci.

Penilai akan menyemak kandungan akaun tersebut dengan menyemak gambar serta teks yang dimuat naik. Untuk kembali aktif, pemegang akaun perlulah menunjukkan bukti pengenalan diri bahawa mereka melepasi had umur.

Difahamkan lagi, syarikat itu tidak akan mencari akaun secara aktif tetapi jika terjumpa akaun bawah umur tersebut, tindakan mengunci akaun akan diambil. Mengikut jejak langkah syarikat induk, Instagram juga dilihat bakal menggunapakai polisi yang sama.