Facebook Dalam Diam Melancarkan Aplikasi Mudah Alih Di Pasaran China






Seperti yang umum sedia maklum, China merupakan antara negara yang tidak membenarkan kemasukan aplikasi sosial media terbesar di dunia iaitu Facebook sejak tahun 2009 lagi. Namun ianya tidak menjadi penghalang buat Facebook untuk menembusi pasaran China.

Menurut laporan dari New York Times, Facebook telah memperkenalkan satu aplikasi perkongsian gambar yang diberi nama Colorful Ballons, mempunyai fungsi yang sama seperti ciri Moments atau yang dahulunya dikenali sebagai Photo Sync.

Berdasarkan kenyataan dari Times, Facebook tidak mengiyakan atau menolak apabila ditanya tentang penglibatan mereka dengan Colorful Ballons.

"Kami sudah nyatakan minat kami terhadap pasaran China sekian lama dan ketika ini kami sedang mempelajari untuk memahami negara ini dalam pelbagai bidang" Kata salah seorang jurucakap.

Namun apa yang menarik, tidak dapat dipastikan sama ada kerajaan China sendiri sedar tentang penglibatan Facebook dalam pembinaan aplikasi ini. Walaupun Mark Zuckerberg sendiri sudah berkali-kali melawat negara tersebut malah mempelajari bahasa mandarin, namun Facebook dilihat masih bergerak secara rahsia di China.











 

Sumber: Engadget