Facebook Cuba Melobi Apple Untuk Menjadikan Aplikasi Messenger Sebagai Pilihan 'Default' Permesejan

Facebook kini dilaporkan cuba melobi Apple untuk menjadikan aplikasi Messenger sebagai pilihan bagi tetapan default permesejan pada iPhone.



Dikuatkan dengan perubahan pada iOS 14 yang membolehkan pengguna menetapkan aplikasi e-mel dan pelayar sebagai tetapan default, Facebook mengatakan perubahan yang sama mungkin boleh dilakukan pada aplikasi permesejan.

Apple pada tahun lalu turut membenarkan Siri untuk menghantar pesanan melalui aplikasi pihak ketiga. Timbalan Presiden Messenger, Stan Chudnovsky berkata,

"We feel people should be able to choose different messaging apps and the default on their phone."

Beliau turut mendedahkan Facebook telah berulang kali meminta Apple mempertimbangkan untuk menambahkan pilihan bagi pengguna untuk memilih aplikasi pesanan pilihan mereka.

Namun, sekiranya Apple mempertimbangkan perubahan tersebut, perubahan tambahan perlu dilakukan bagi membolehkan teks SMS diterima melalui aplikasi pihak ketiga, dimana pada ketika ini iOS tidak mempunyai kemampuan tersebut.

Sumber: MacRumors